London – Seorang ahli perniagaan menolak
tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1
yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.
Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada
koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain. Dan nombor
pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta
Bugatti Veyron miliknya. Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008
apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu
yang diletakkan pada Mclarren Mercedes, harga paling tinggi untuk nombor
plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain.
Tetapi ia terbukti menjadi pelaburan menguntungkan dengan nilai plat
pendaftaran itu kian meningkat lebih 10 kali ganda selepas seorang
hartawan menawarkan untuk mebelinya dengan harga RM30.9 juta. Sekiranya
dia menerima tawaran itu, akan membolehkannya membeli enam lagi Bugatti
Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.
Bagaimanapun, Khan yang mempunyai syarikat Rekaan Khan di Brad- ford,
menolak tawaran itu kerana percaya nilainya lebih tinggi daripada
tawaran diterima.
Malah, dia tidak terdesak untuk memiliki kereta baru kerana turut
mempunyai plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara
£200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plet kereta terpakainya yang
berharga £300,000 (RM1.5 juta). Keengganan Khan untuk menjual plat
pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu
paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran
kereta di Britain.
Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab
bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4
juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk
membeli nombor plat ‘VIP 1’.
0 comments:
Post a Comment